Mari kami memperkenalkan siapakah Renew Roadtax Here* 100% dimiliki oleh bumiputera* menjual kenderaan baru,...

Posted by Renew Roadtax Here on Sunday, 3 January 2016

Friday, 4 August 2017

BAGAIMANA MEMBUAT TUNTUTAN INSURAN

Membuat tuntutan insuran biasanya menjadi satu perkara yang menyukarkan bagi sesetengah pihak. Walau bagaimanapun, Kurnia Insurans menyediakan beberapa panduan untuk memudahkan pemegang polisi membuat tuntutan apabila berlaku kemalangan.

Tuntutan Akibat Kesalahan Sendiri (Own Damage Claim)
1) Pemegang polisi boleh membuat tuntutan terhadap kerosakkan akibat kesalahan yang dilakukan sendiri jika kenderaan dilindungi oleh polisi "comprehensive".
2) Membuat laporan polis dalam masa 24 jam apabila berlakunya kemalangan seperti yang terkandung di  dalam undang-undang.
3) Hantar kenderaan anda ke bengkel yang disenaraikan untuk tindakan segera. Semak bengkel panel bagi syarikat insuran anda.
4) Pemegang polisi Kurnia Insurans boleh mendapatkan lokasi bengkel dan membuat pilihan dengan menghubungi 24-Hour Kurnia Auto Assist di talian 1-800-88-3833.
5) Dapatkan borang tuntutan daripada syarikat insuran anda. Isikan maklumat lengkap bersama tandatangan dan hantar bersama beberapa dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari :

    - Salinan asal laporan polis 
    - Anggaran kos baikpulih kenderaan daripada bengkel
    - Salinan :
      a) Polisi Insuran / "Cover note"
      b) Geran Kenderaan
      c) "Roadtax disc"
      d) Kad Pengenalan dan lesen pemilik kenderaan
      e) Kad pengenalan dan lesen pemandu kenderaan
      f) Dokumen perjanjian sewa beli (jika ada)

Untuk tindakan segera, anda dinasihatkan supaya menyertakan semua dokumen yang lengkap terus kepada ibu pejabat Kurnia ataupun cawangan-cawangan yang berhampiran semasa membuat tuntutan. Anda juga digalakkan untuk menyertakan nombor telefon sepanjang tuntutan dibuat supaya pihak Kurnia dapat menghantar SMS notifikasi dan juga status tuntutan anda secara serta-merta.
Semasa tuntuntan dibuat, anda akan kehilangan NCD semasa (ia akan bermula dari 0% kembali).

Tuntutan Bukan Akibat Kesalahan Sendiri (No-Fault Own Damage Claim)
Tuntutan ini juga seperti akibat kesalahan sendiri. Bezanya hanya pemegang polisi tidak akan kehilangan kadar NCD semasanya. Tuntutan hanya boleh dilakukan sekiranya kemalangan berpunca bukan daripada kesalahan pemandu. Ia ditentukan berdasarkan siasatan dan laporan pihak polis. Langkah-langkah membuat tuntutan adalah sama seperti di atas termasuklah tambahan beberapa salinan dokumen seperti :

a) Surat pengesahan mengatakan "No-Fault Own Damage" 
    dan butiran insuran pihak ketiga (perlu dibuktikan oleh JPJ)
b) Laporan polis pihak ketiga
c) Siasatan pihak polis
d) Lakaran kemalangan dari pihak polis (jika ada)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian

014-3822096 WHATSAPP / SMS / CALL
06-6771123 CALL SAHAJA


Tuesday, 23 May 2017

Bagaimana Memperbaharui Cukai Jalan bagi Pemilik Kenderaan yang sudah meninggal dunia?

Bagi kes pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia, steri atau anak atau pun waris yang terdekat boleh memperbaharui Roadtax kereta. tetapi hanya boleh diperbaharui dalam tempoh 6 bulan - 6 bulan sahaja dengan menggunakan nama si mati. Tempoh 6 bulan ini boleh dibuat selama 3 tahun sahaja. Oleh itu, pertukaran nama ini perlu dibuat dalam tempoh ini.

Ini memerlukan Surat Kebenaran Memperbaharui Cukai Jalan dari mana-mana mahkahmah seksyen. Urusan memperbaharui ini kemudiannya hanya boleh dilakukan di JPJ.

Dalam masa yang sama, waris hendaklah menguruskan proses tukar nama. Untuk menukar penama kereta, waris perlu ke Bahagian Pusaka Kecil,Pejabat tanah atau ke mana-mana mahkamah seksyen untuk mendapatkan surat pengesahan, kemudian menguruskan pertukaran nama di JPJ.

Q AUTO SMART ENTERPRISE (NS0105532-K)
110-1, JALAN LAVENDER HEIGHT 1,
PUSAT PERNIAGAAN LAVENDER HEIGHT,
70450 SENAWANG, N.SEMBILAN.
TEL : 06-677 1123 / 014-382 2096 (WAKTU PEJABAT)

======================================================

ISNIN - JUMAAT : 8.30 PAGI - 5.30 PETANG
SABTU : 9 PAGI - 2 PETANG
AHAD & CUTI UMUM : TUTUP

Image result for jpj seremban

Wednesday, 3 May 2017



3 Langkah Mudah Periksa Tayar Ini Mampu Selamatkan Perjalanan Anda

CUMA lima minit diperlukan untuk memeriksa tayar anda yang bukan saja mengurangkan masalah kehausan dan menjimatkan penggunaan bahan api, tetapi mampu menyelamatkan nyawa anda. Cuba ikut 3 langkah mudah periksa tayar di bawah ini:

1. PERIKSA TANDA HAUS

Ramai pemandu atau penunggang tidak menyedari semua tayar mereka dilengkapkan dengan bar indikator haus yang tidak memerlukan sebarang latihan khas untuk memeriksanya, dan menjadi cara paling berkesan untuk mengetahui kondisi bunga tayar kereta anda.
Dalam alur utama setiap tayar terdapat bar kecil yang melintang di tengah bunga tayar (seperti bonggol jalan). Itulah indikator haus bunga. Ia kadangkala sukar dikenal pasti dan umumnya ada simbol anak panah atau ikon lain pada bahu (tepi atas) tayar untuk menunjukkan anda kedudukannya.
Di atas bar getah menandakan kedalaman minimum bunga tayar itu. Semakin rapat bunga dengan atas bar bermakna tayar anda semakin haus.
Tiada indikator bunga tayar haus pada bahu tayar, tetapi pemeriksaan visual akan memberi maklumat tentang kondisi tayar anda. Pemeriksaannya semudah melihat keempat-empat tayar. Pertama, pusing roda sehingga habis untuk memeriksa tayar hadapan. Anda mungkin perlu mengcangkung untuk memeriksa tayar belakang.
Pastikan setiap tayar diperiksa. Bergantung kepada jenis kereta dan kegunaan, tahap haus setiap tayar ialah berbeza. Kehausan tidak sekata bermakna tayar anda mengalami masalah penjajaran (alignment) yang perlu dirujuk kepada bengkel tayar.
Apa perlu dilakukan jika tayar didapati haus, atau indikator menunjukkan bar sudah separas dengan bunga tayar? Jawapannya, gantikannya secepat mungkin. Jika bahagian bahu bunga tayar licin apabila dipegang, tayar itu juga perlu ditukar.

2. PERIKSA KEROSAKAN

tayar-koyak
Jalan raya ialah magnet bagi serpihan buangan. Skru, serpihan logam, gelas pecah dan batu tajam sentiasa ada di atas jalan raya yang sedang kita lalui seharian dan menunggu melekat pada tayar kereta bila-bila masa tanpa anda sedari. Bunga dan dinding sisi tayar mesti diperiksa. Perhatikan tanda-tanda koyakan, hirisan, bonjolan atau apa saja yang sepatutnya tiada pada tayar anda.
Tiada angin atau tayar pancit ialah situasi yang setiap orang mahu elakkan, tetapi itu bukanlah paling teruk. Apa paling dibimbangkan ialah situasi pemandu memandu dalam keadaan tayar pancit, di mana kelajuan tinggi, hilang kawalan dan tayar pancit ialah ramuan lengkap yang mampu menyebabkan anda terbabit kemalangan.
Jika menyedari tanda pancit, bonjol atau rosak, langkah pertama ialah segera pergi ke mana-mana bengkel tayar berhampiran.

3. URUS TEKANAN TAYAR

pam-angin-tayar
Langkah akhir ialah periksa tekanan tayar yang merupakan cara paling klasik yang disarankan buku-buku panduan senggaraan kereta turun-temurun.
Secara semula jadi, tekanan angin tayar akan berkurangan kerana udara boleh perlahan-lahan menembusi lapik dalaman tayar. Ini bermakna pemeriksaan berkala amat diperlukan. Anda tidak boleh bergantung kepada rupa fizikal tayar sahaja untuk menentukan tekanan angin. Ia perlu diperiksa dengan cara menggunakan tolok tekanan atau mengisinya. Hari ini, semua pengeluar sudah sedia melekatkan pelekat pada bingkai pintu kereta mengenai jumlah tekanan angin yang disarankan untuk diisi.
Tekanan angin tayar yang betul dapat menjimatkan bahan api, menguatkan cengkaman atas jalan dan meningkatkan hayat tayar. Walaupun berlaku sedikit peningkatan tekanan angin, geseran akan meningkat dengan menyebabkan masalah kehausan tidak sekata pada tayar, sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.
Tekanan angin terlalu tinggi juga menyebabkan tayar hilang cengkaman dan mengurangkan kawalan pemanduan, manakala kawasan tengah tayar berisiko haus lebih cepat. Periksa tayar anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau paling minimum sebulan sekali. Tayar sepatutnya sejuk atau tidak panas, jadi cuba periksa tekanan pam angin sebelum mengepam.

Thursday, 27 April 2017

Salam Jumaat, penghulu segala hari 

Adakah roadtax anda sudah expired @ hampir expired? 
Tak sempat nk uruskan sebab tuntutan tugas? Tak dapat cuti? 
atau pun anda sememangnya malas untuk bersesak-sesak? 😅

Kami membantu permudahkan urusan anda. 
Delivery sekitar seremban / senawang oleh staff kami sendiri.
 & juga SELURUH MALAYSIA oleh runner sah / Pos Laju.

Untuk anda yang Nak buat budget? Mudah nk simpan duit utk renew roadtax nanti? 🙌
Boleh call / whatsapp / direct ke agensi kami (Kalau dekat) 


Whatsapp kami utk sebutharga PERCUMA. 😘

http://wasap.my/60143822096
http://wasap.my/60132206816

"KEPERCAYAAN ANDA, KEPUASAN KAMI" 


Q AUTO SMART ENTERPRISE,
110-1, JLN LAVENDER HEIGHT 1,
PUSAT PERNIAGAAN LAVENDER HEIGHT,
70450 SENAWANG, N.SEMBILAN.
014-3822096
06-671123






Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa.
Pilihlah PERFECT RIDER PLUS untuk menjaga kebimbangan
anda. Semasa anda memandu atau menumpang, menaiki
atau turun dari kenderaan yang dinamakan, yakinlah
kedua-dua pemandu dan penumpang dilindungi.

<3 Ciri-Ciri Unik <3 
• Premium serendah RM88 setahun. (Belum termasuk duti setem)
• 24 Jam Perkhidmatan Bantuan Kerosakan Kenderaan dan
Perkhidmatan Tunda di dalam Malaysia, termasuk Caj
Tol Tanpa Had. Panggilan ke talian bebas tol bernombor
1-800-88-3833 untuk Khidmat Bantuan.
• Kanak-Kanak menikmati had faedah sama seperti had
faedah orang dewasa untuk faedah tertentu.
• Indemniti Berganda ketika cuti umum seluruh Malaysia.
• Elaun Pengkebumian - Jumlah Diinsurankan berganda jika
Pihak Diinsurankan (Pemegang Polisi) meninggal dunia
akibat Ebola, SARS, Ensefalitis Jepun, Chikungunya, Malaria
dan Denggi.
• Elaun Ehsan bagi Kerugian Penuh/Menyeluruh Kenderaan
Akibat Perlanggaran atau Kecurian Kenderaan (dilindungi jika
Polisi Motor Komprehensif Kereta Dinamakan diinsurankan
dengan AmGeneral).
• Perbelanjaan Ehsan Akibat Banjir.
• Perlindungan Ehsan untuk Samun dan Pecah Tingkap
• Perlindungan Pinjaman Kereta

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian
014-3822096 
06-6771123

Atau terus ke agensi kami di alamat berikut.
Q AUTO SMART ENTERPRISE,
110-1, Jalan Lavender Height 1,
Pusat Perniagaan Lavender Height,
70450 Senawang, N.Sembilan.

Image may contain: text
Image may contain: car and text
Assalamualaikum w.b.t.
Jika anda perlukan perkhidmatan berikut, marilah berkunjung ke agensi kami yang terletak di Pusat Perniagaan Lavender Height. 🏢

Waktu operasi dari 8.30pagi sehingga 5.30petang (Isnin - Jumaat), 9pagi - 2petang (Sabtu).
Ahad & Cuti Umum kami TUTUP 😊

Untuk lokasi yg lebih tepat, sila hubungi team kami untuk mendapatkan maps.
http://wasap.my/60132206816
http://wasap.my/60143822096
http://wasap.my/60103600058

Alamat :
110-1, TINGKAT ATAS,
JLN LH 1, PUSAT PERNIAGAAN LAVENDER HEIGHT,
70450 SENAWANG, N.SEMBILAN.
TEL : 066771123
EMAIL : qautosmart1123@gmail.com

Bagi anda yang jauh, jangan risau. Perkhidmatan kami sehingga SELURUH MALAYSIA.
Penghantaran oleh runner sah / POS LAJU.

🔴Pembaharuan insuran & Roadtax TANPA GERAN ASAL
✔Semakan saman PERCUMA & pembayaran
🔴Urusan PUSPAKOM
✔Penggantian Cermin Kenderaan (Claim - insuran cover)
🔴Menjual kereta baru & terpakai
✔Urusan pinjaman kenderaan (HIRER PURCHASE)